Perkongsian yang sedikit....

...6/7/13...

Assalamualaikum....

Ramadhan is just round the corner.....3 hari sahaja lagi....Ya Allah....memang tak sabar rasanya.... :)

Pagi tadi ke KPI Bangi...mendengar ceramah TG Dato Harun Din....dan dapat cenderahati yang sangat bermakna...sebuah buku kecil...."Manhaj Ramadan...andai ini RAMADAN terakhirku"...

Saya ingin berkongsi mukaddimah kutayyib(kitab kecil) ini...

Antara peristiwa yang berlaku pada bulan Ramadhan....

(1) Perang Badar Al-Kubra
            Rasulullah SAW berangkat dari Madinah pada 8 Ramadhan. Ibnu Hisyam menyatakan bahawa perang ini merupakan kemenangan pertama yang menentukan kedudukan umat Islam dalam menghadapi kekuatan kemusyrikan dan kebatilan. Allah SWT telah mengutuskan segerombolan malaikat untuk membantu pasukan muslimin menghancurkan pasukan musyrik. Perang ini berlaku pada pagi Jumaat, 17 Ramadhan 2H di Badar. Kemenangan lebih kurang 300 orang tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah ini yang telah mengalahkan lebih kurang 1000 orang tentera musyrikin Mekah.

(2) Persiapan Perang Khandaq
            Persiapan dilakukan dengan menggali parit (khandaq) sekeliling kota Madinah. Tipu muslihat ini tidak pernah digunakan oleh bangsa Arab. Ia diusulkan oleh Salman Al-Farisy. Peperangan ini terjadi pada bulan Syawal dan berakhir pada bulan Zulkaedah setelah pasukan  muslimin berjaya memecah belahkan pasukan musuh.

(3) Fatthu Makkah (Pembukaan Kota Mekah) dan Penghancuran Berhala
            Rasulluah SAW keluar dari Madinah pada 10 Ramadhan dan berpuasa, lalu diikuti para sahabat. Baginda berbuka di suatu tempat yang dipanggil Mukadid (antara Asfan dengan Amjad). Mekah jatuh ke tangan kaum muslimim tanpa pertumpahan darah. Setelah penaklukan Mekah, Rasulullah tinggal di kota itu selama 15 malam dengan melakukan sembahyang qasar. Menurut Ibnu Ishaq, penaklukan itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Rasulullah mengutuskan Khalid Al-Walid untuk menghancurkan berhala Uzza, Amr bin Ash merobohkna Suwa' dan Saad bin Zaid Al-Asyhaly menumbangkan Manat.

Wahai kesayangan semua...Ramadhan adalah bulan perasaan dan rohani...

Ketika menjelangnya bulan Ramadhan, sebahagiaan salafus solih mengucapkan selamat tinggal kepada sebahagiaan yang lain keerana mereka merasakan bahawa ianya adalah bulan ibadah, bulan untuk melaksanakan puasa dan solat....Mereka ingin bersendiri hanya dengan Tuhan.....

Ramadhan telah menggamit qalbu, naluri jiwa dan lubuk hati yang pernah tersentuh dan disentuh olehnya....Tidak lain dan tidak bukan kerana datangya penuh KEISTIMEWAAN......

Ramadhan.....

...3/7/13...

Assalamualaikum...

Minggu depan jer umat Islam seluruh dunia akan meyambut Ramadhan Al Mubarak....

Tahun ni saya rasakan sangat berbeza dengan tahun-tahun sebelum ni....seakan-akan saya tak sabar menantinya Ramadhan tiba....

Jika ditanya....bagaimana perasaan itu....mmmm....tak dapat saya gambarkan....cuma yang pasti...saya rasa gembira....satu perasaan yang tak pernah saya alami....

Tapi yang pasti....saya ingin manfaatkan sebaik mungkin Ramadhan ini...In shaa Allah....dah ada plan dalam kepala ni...cuma tunggu nak realisasikan jer...doa yang baik-baik In shaa Allah akan baik jadinya....