Coretan Di Petang Hari Jumaat....

...20/12/13...

Salam ukuwah buat yang sudi baca coretan disini....

Ada sesuatu yang bermain di minda sejak akhir-akhir ini....

Dari pengamatan yang berada disekeliling...kita sangat ambil mudah perkara berkaitan dengan agama kita...perkara berkaitan akidah kita....perkara berkaitan aurat kita dan keluarga...perkara berkaitan solat kita...dan banyak lagi...

Kita mudah melenting jika orang mempermainkan isu agama....apatah lagi jika dibangkitkan oleh kafir laknatullah....mula menjadi hero/heroin semasa....

Tapi sedarkah kita....bahawa kita bukan contoh seorang MUSLIM yang sepatutnya...dan bagaimana pula kita nak membentuk keluarga kita yang berlandaskan percaya kepada Allah dan Muhammad Rasulullah....

Kita bersyukur dengan menyatakan Allah memberi rezeki pada kita....tapi sedarkah kita bahawa kita masih lagi membuat apa yang menjadi larangan-Nya...kita masih memperlihatkan aurat pada ajnabi....masih berdegil untuk tidak ke majlis-majlis ilmu...masih membiarkan keluarga kita lalai melakukan suruhan-Nya...adakah kita SEDAR...sebenarnya kita masih lagi TIDAK BERSYUKUR dengan apa yang Allah bagi!!!!...Allahu kesayangan semua....bersyukur bukan hanya setakat pengucapan dibibir sahaja...

Bila ada yang berbicara soal agama...tidak ramai yang berminat...tak kurang juga yang membuat ekspresi muka tanpa sedar...tapi sedarkah kita...disitulah kita akan dapat secebis ilmu yang berharga...sedarkah kita...sahabat kita cuba untuk menyampaikan ilmu yang diperolehinya agar sama-sama mengingati satu sama lain....dan jika yang disampaikan terkesan dihati kita....bermakna hidayah Allah juga telah menjentik hati kita tanpa sedar....jangan sesekali diabaikan kerana takut hidayah itu tak kunjung tiba lagi untuk kita...Wanau'zubillah....

Jangan pernah kita rasa diri kita masih muda untuk menikmati kelazatan dunia yang sementara ini...bertambah usia kita...bermakna selangkah dekat kita untuk menghadap sang Pencipta yakni Allah S.W.T....atau dalam kata lain...semakin kita dekat dengan keMATIan kita....adakah kita sudah bersedia????!!!!!


Beberapa minggu yang lepas ini...kita berdepan dengan isu cuaca....penurunan hujan dengan kadar yang agak banyak dari kebiasaan.....Mesir dihujani salji tebal....Syria juga mengalami musim sejuk luarbiasa....dan di laman sosial perkataan "KIAMAT" mula dikaitkan....seandainya perkara ini masih lagi tidak memberi kesan terhadap hati kita....maka keraplah beristigfar dan mohon agar Allah buka hati kita untuk bertaubat.... 
  
Petikan dari surah Ar Rad...ayat ke 5....Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...tapi perlu ingat bahawa seksaan-Nya juga amat berat dan keras sekali....Allahu....cukup mengetarkan hati tatkala ayat ini ditadabbur oleh ustaz....


۞ وَإِن تَعۡجَبۡ فَعَجَبٌ۬ قَوۡلُهُمۡ أَءِذَا كُنَّا تُرَٲبًا أَءِنَّا لَفِى خَلۡقٍ۬ جَدِيدٍ‌ۗ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِرَبِّہِمۡ‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلۡأَغۡلَـٰلُ فِىٓ أَعۡنَاقِهِمۡ‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِ‌ۖ هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُون (٥
(5) Dan mereka meminta kepadamu menyegerakan kedatangan perkara buruk (azab yang dijanjikan) sebelum mereka memohon kebaikan; padahal sesungguhnya telah berlaku sebelum mereka peristiwa-peristiwa azab yang telah menimpa orang-orang yang kafir seperti mereka dan (ingatlah) sesungguhnya Tuhanmu amat melimpah keampunanNya bagi manusia (yang bertaubat) terhadap kezaliman mereka dan sesungguhnya Tuhanmu juga amatlah keras balasan azabNya (terhadap golongan yang tetap ingkar)




No comments:

Post a Comment